Saturday, October 9, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DATO' HALIM SAMAD

Kelihatan Dato' Seri Mohd. Ali Rustam, Nizar Najib (Anak PM),
Dato' Seri Zahid Hamid dan Dato' Halim Samad

Dato' Sri Zulhasnan, Dato' Seri Shafie Apdal dan Nizar Najib

Dato' Sri Zulhasnan, Dato' Seri Shafie Apdal dan Datuk Astaman

Sambutan perayaaan Aidilfitri sudah pun di penghujungnya. Di Setiawangsa kelmarin Dato' Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa telah mengadakan rumah terbuka aidilfitri di kediamannya di Kampung Dato' Keramat yang turut menyaksikan kehadiran ramai tetamu-tetamu jemputannya.

Di antara para tetamu istimewa yang hadir di majlis itu ialah Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Partahanan Malaysia, Dato' Seri Shafie Apdal, Menteri Pembangunan dan Kemajuan Luar Bandar Malaysia, Dato' Seri Mohd. Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga Dato' Seri Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan II.

Kak Ani menyambut ketibaan Dato' Seri Mohd. Ali Rustam

Dato' Seri Shafie Apdal bersama Dato' Sri Zulhasnan, Kak Ani (Kiri Sekali),
Dato' Halim (Dua dari Kanan) dan Abd. Rahman Hashim (Kanan sekali)

Dato' Halim sempat menunjukkan potret kenangannya bersama
Allahyarham Tun Razak kepada Shafie Apdal dan Zulhasnan

Kemesraan pemimpin

Dato' Sri Zulhasnan, Dato' Seri Shafie Apdal, Nizar Najib dan isterinya

Abd. Rahman Hashim (Berdiri Kiri), Dato' Halim Samad (Berdiri tengah),
Razak Karim (Berdiri Kanan) bersama Dato' Seri Awang Adek dan Dato' Seri Ismail Sabri


Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa juga hadir memeriahkan lagi suasana sambutan rumah terbuka itu. Kelihatan juga di dalam majlis tersebut tersebut ialah Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dan juga Datuk Astaman Abd. Aziz, Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa bersama rakan-rakan exconya turut berada di awal majlis sehingga di penghujungnya. Begitu juga dengan Seri Wani Sabtu beserta dengan ketua-ketua Puteri yang lainnya tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka bersama Timbalan Ketua UMNO Setiawangsa.

Wednesday, October 6, 2010

LAGI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI......KAK ANI GEMBIRA RAMAI WARGA SETAPAK JAYA HADIR

Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa kelihatan begitu sibuk sekali melayan tetamunya, apabila rumah terbuka aidilfitrinya yang diadakan semalam telah dibanjiri oleh penduduk tempatan di Taman Setapak Jaya.

(Foto - Kelihatan Kak Ani sedang melayan tetamunya, Dato' Sri Zulhasnan, Datin Sri Anna Razak dan juga Dato' Halim Samad)

Majlis rumah terbukanya itu turut diserikan lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin UMNO Bahagian Setiawangsa yang terdiri daripada Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato' Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Seri Wani Sabtu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa termasuk Ketua-Ketua UMNO Cawangan, Wanita UMNO Cawangan, Pemuda UMNO Cawangan dan juga Puteri UMNO Cawangan-Cawangan di Bahagian ini.

Kelihatan juga Datuk Astaman Abd. Aziz yang telah hadir di penghujung majlis. Sebelum itu turut memeriahkan majlis rumah terbuka ini ialah Azuz Dato' Abdul Razak, Naib Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dan wakil-wakil daripada UMNO Bahagian Batu serta wakil daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama UMNO Cawangan Taman Setapak Jaya yang diketuai oleh Azhar Kasim dan juga UMNO Cawangan Taman Setapak Jaya Fasa II di mana Kak Ani juga merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan tersebut. Tahniah!

KOLEKSI GAMBAR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TAMAN SETAPAK JAYA




Tuesday, October 5, 2010

WARGA SETIAWANGSA BERPUSU DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI WAKIL RAKYAT MEREKA



Foto Kiri: Dato' Sri Zulhasnan dan isterinya bergambar bersama-sama dengan para tetamu. Penulis berbaju Melayu biru (kiri sekali). Foto Kanan: Sebahagian warga Setiawangsa yang hadir.

Warga Setiawangsa kelihatan terus berpusu-pusu menghadiri ke majlis rumah terbuka aidilfitri Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa yang diadakan pada hari Ahad, 3 Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa di Seksyen 5 Wangsa Maju.

(Foto - Dato' Sri Zulhasnan dan Datin Sri Anna Razak)

Lebih 10 ribu rakyat dari segenap pelusuk kawasan Parlimen ini telah bertali arus sejak pukul 11 pagi lagi sehingga jam 3 petang untuk bersama-sama dengan wakil rakyat mereka sempena menyambut hari lebaran yang masih dirayakan ini.

Kelihatan tokoh-tokoh pemimpin daripada parti komponen BN Parlimen Setiawangsa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan juga PPP tidak mahu ketinggalan untuk bersalaman dengan Dato' Sri Zulhasnan Rafique dan isterinya Datin Sri Anna Razak.

Turut berada di dalam majlis itu ialah Dato' Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita, Azmi Badaruddin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan juga Seri Wani Sabtu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa serta lain-lain ahli jawatankuasa empat peringkat UMNO Bahagian Setiawangsa.


SEBAHAGIAN KOLEKSI GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN




Sunday, October 3, 2010

RUMAH TERBUKA ERATKAN SILATURRAHIM

Rumah terbuka aidilfitri anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur yang diadakan semalam berjalan dengan penuh kemeriahan yang menyaksikan betapa eratnya hubungan silaturrahim di kalangan tetamu yang hadir.

Foto - Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Datin Sri Anna Razak sedang menjamu selera. Turut kelihatan Rosli Mohhmad (Kiri) dan Hairunnisha Ismail (Kanan).

Seperti yang dijangkakan lebih 300 orang tetamu yang diundang telah berkunjung ke rumah terbuka ini sejak pukul 3 petang sehinggalah ianya berakhir pada jam 6.45 petang.
Pertemuan silaturrahim ini juga telah menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin di dalam kawasan Parlimen Setiawangsa khususnya dari UMNO. Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa merupakan di antara tokoh pemimpin yang hadir bersama isterinya, Datin Sri Anna Razak ke majlis ini.

Datuk Haji Astaman Abdul Aziz, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur yang juga Ahli Majlis FAM telah tiba lebih awal kira-kira jam 3.15 petang, diikuti dengan kehadiran Dato' Haji Abdul Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa yang sampai pada jam 3.50 petang. Manakala Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa pula telah hadir ketika Dato' Halim Samad sedang menyampaikan ucapannya.

MEREKA MENYAMPAIKAN UCAPAN


Kiri: Datuk Astaman. Kanan: Dato' Halim


Kiri: Abdul Rahman Hashim. Kanan: Roselan Abdul Rahman

Sebelum itu, Datuk Haji Astaman Abd. Aziz sebagai Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur dan Abdul Rahman Hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Rumah Terbuka Aidilfitri turut menyampaikan ucapan aluan masing-masing. Manakala Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Madu Mas, Roselan Abdul Rahman terlebih awal telah menyampaikan ucapan aluannya.

Majlis rumah terbuka ini dianjurkan secara bersama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Madu Mas yang telah menyediakan tempat di laman kolam renang pangsapuri berkenaan.

Selain Dato' Sri Zulhasnan, Dato' Halim Samad, Dato' Fauzi Zahari dan Datuk Astaman, turut memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran beberapa orang tokoh masyarakat seperti Puan Harirunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa yang sampai ke majlis ini bersama dengan Ketua-Ketua Wanita UMNO Cawangan yang lainnya.



Turut bersama dalam majlis ini ialah Dato' Ahmad Yamin Dato' Rahim, Pengerusi Badan Kebajikan dan Tabung Bantuan Amal Persiaran Kuantan, Ahmad Yahya Yaakub, Pengerusi PERKASA Parlimen Setiawangsa dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Setiawangsa yang terdiri daripada Abas Mohd. Dom dari Cawangan Kelumpuk Camar, Ahmad Laili Tajul Arus dari cawangan Menara Seri Jati, Yatim Mohamad dari Cawangan Kg. Loke Yew, Haji Abdullah Abdul Rahman dari cawangan Pangsapuri Setapak Jaya 1B, Abu Bakar Ismail dari cawangan Dataran Sg. Bonus, Mohd. Nor dari cawangan Pinggiran Air Jernih, Azhar Kassim dari cawangan Taman Setapak Jaya, Awaludin Zaharin dari cawangan Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A, Puan Norsiah dari cawangan KLSC, Nasir Md. Amin dari cawangan Immetex, Zainal Tan Sri Mahmood dari cawangan Tmn Setiawangsa Fasa II dan juga Razak Karim, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sg. Bonus.

SEKITAR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KELAB SUKAN & REKREASI
WARGA KOTA KUALA LUMPUR, 2 OKROBER 2010



Turut kelihatan ialah Ramli Sulaiman, Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A dan Azhar@Kaloi Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak dan Yahaya Tahir, Setiausaha PERKASA Parlimen Setiawangsa. Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan pihak DBKL turut menghantar wakil masing-masing ke majlis ini.

Rosli Mohammad selaku Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur telah menyatakan rasa gembiranya di atas kejayaan majlis rumah terbuka ini yang terbukti telah menegeratkan hubungan silaturrahim sesuai dengan semangat aidilfitri yang sedang dirayakan.

Friday, October 1, 2010

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Selagi Syawal masih ada, sana sini masih ada rumah-rumah terbuka aidilfitri yang mengundang untuk dihadiri.

Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur turut mengadakan rumah terbukanya pada hari Sabtu ini, 2 Oktober 2010, bermula jam 3.00 petang, bertempat di Laman Kolam Renang, Pangsapuri Madu Mas, Jalan Ayer Madu berdekatan Jalan Ayer Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa adalah diantara tetamu yang akan menghadiri ke majlis rumah terbuka aidilfitri ini. Selain beliau turut menyatakan kesudian ke majlis ini nanti ialah Datuk Haji Astaman Abd. Aziz, Dato' Abdul Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dan juga Dato' Ahmad Fauzi yang Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa.

Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur juga telah menjemput pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga pemimpin-pemimpin pertubuhan seperti UMNO sekitar Bahagian Setiawangsa yang meliputi Wanita, Pemuda dan juga Puteri UMNO serta NGO yang lainnya.

Rumah terbuka aidilfitri ini juga dianjur bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan Pangsapuri Madu Mas yang dipimpin oleh Roselan Abdul Rahman. Pihak penganjur berkenaan juga menjemput orang ramai warga kota Kuala Lumpur supaya menghadiri ke majlis berkenaan.