Thursday, April 29, 2010

'SEMARAKWANGSA' DI HULU SELANGOR

Oleh Adi Putra


P. Kamalanathan calon BN yang dipertaruhkan bertanding dengan Datuk Zaid Ibrahim daripada PKR dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor telah pun berkahir pada 25 April lalu. Di dalam pilihan raya kecil ini, BN telah kembali merampas kerusi yang telah dimenangi oleh PKR dalam PRU12. Tahniah!

Kumpulan Editorial 'semarakwangsa' yang diketuai oleh Abdul Rahman Hashim telah berada di lokasi hampir setiap hari bermula dengan kunjungan hormat terhadap Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor yang juga ADUN Ulu Bernam YB Dato' Mohd. Idris Abu Bakar pada 18 April 2010.

Turut menyertai kunjungan hormat ini ialah Rosli Mohammad ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa yang juga Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur beserta dengan beberapa orang ahli jawatankuasanya seperti Abidin Supardi, Md. Zahari Desa, Azrul Abdullah, Kamarudin Zaa dan Badrun Masan.

Dalam pertemuan singkat itu, Dato' Idris Abu Bakar telah memberikan gambaran tentang keupayaan UMNO dan BN dalam usaha untuk menawan kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor yang telah dimenangi oleh PKR dalam PRU12.

Pada hari tersebut juga rombongan krew semarakwangsa telah singgah ke beberapa bilik gerakan BN di Kalumpang dan juga Rasa sebelum bertanggak di Bilik Gerakan Utama BN (Command Centre) di Bukit Beruntung.

(Foto Kiri: Bersama Dato' Noh Omar, dua dari kanan)

Di Command Centre ini krew semarakwangsa telah sempat bertemu dengan Dato' Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan juga Dato' Seri Tengku Adnan Mansor Setiausaha Agung UMNO. Kami juga sempat bertemu bual dengan Dato' Fuad Hassan Ketua Pengarah Jasa di situ.

Pada hari itu juga sebelum balik ke Kuala Lumpur, rombongan semarakwangsa telah berkunjung ke Bilik Gerakan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang terletak di No. 11A Jalan Kaloi 4B, Taman Desa Kaloi di Ulu Yam Bharu. Kami berkesempatan juga mengikuti sesi taklimat pilihan raya yang disampaikan oleh Zaharin Mohd. Yasin Ketua Operasi Bilik Gerakan UMNO WP kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO Malaysia yang telah berkunjung ke Bilik Gerakan tersebut.

Kelihatan mengiringi Shahrizat Jalil ialah Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa dan kami sempat bertemu dengannya di bilik gerakan itu. Wakil UMNO Bahagian Setiawangsa yang bertugas di Bilik Gerakan tersebut ialah Hamid Mayuni ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa.

Memandangkan Parlimen Hulu Selangor berdekatan dengan Kuala Lumpur krew semarakwangsa tidak melepaskan peluang ini untuk berulang alik ke lokasi pilihan raya kecil itu pada setiap hari bermula sebelah petang sehingga tengah malam. Kami memilih untuk tidak bermukim di sana.

Pada hari-hari tertentu Radzi Jaafar Kodinator Semarakwangsa yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kg. Loke Yew turut menyertai misi ini bersama-sama dengan Roselan Abdul Rahman iaitu Setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi Wargakota Kuala Lumpur juga disertai oleh DSP (B) Muhamad Yusof Isa Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak yang juga ahli jawatankuasa Kelab ini.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mendengar dan mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Dato' Mohd. Shafei Abdullah Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju di dua lokasi iaitu di Taman Arif di Kuala Kubu Bharu pada 20 April 2010 dan di Kampung Pasir Ulu Yam Bharu pada 22 April 2010.

Di Kg. Pasir Ulu Yam Bharu ini kami berkesempatan berjumpa rakan-rakan lama daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju seperti Cikgu Hamdan, Habib Shah, Mohd. Taufik, Jalaludin Husin dan ramai lagi yang mengiringi Dato' Shafei Abdullah yang berceramah di situ. Turut berada di dalam majlis itu ialah Dato' Mustapha Ketua UMNO Bahagian Seputih dan Dato' Yahya @ Abas Ketua UMNO Bahagian Batu.

Pada 21 April pula Abdul Rahman Hashim, Rosli Mohammad, Radzi Jaafar dan Ahmad Yahaya Yaacop Ketua UMNO Cawangan Rampai Town telah menghadiri jamuan makan malam anjuran Kelab Sosial Orang-Orang Cina Kalumpang di China New Village Kalumpang. Kami diberikan penghormatan duduk semeja bersama Dato' Seri Noh Omar pada malam tersebut.

(Foto Kiri: Noh Omar di China New Village Kalumpang)

Pada 23 April pula kami telah diundang menghadiri majlis jamuan makan malam bersama komuniti Cina anjuran sebuah NGO di Ulu Yam Bharu. Dalam majlis ini lebih 3,000 orang telah memenuhi undangan tersebut seterusnya para hadirin telah mendengar ucapan yang disampaikan oleh Presiden ARIF (NGO) Ismail Ahmad dan juga ucapan perasmian Dato' Seri Noh Omar yang mewakili Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir dalam majlis jamuan itu ialah Presiden MCA Dato' Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya Dato' Seri Liow serta Dato' Donald Lim Naib Presiden MCA. Dato' Mukhriz Mahathir dan Dato' Mohd. Shafei Abdullah turut menyampaikan ceramah sempena jamuan itu.

Pada hari terakhir iaitu pada 24 April, krew semarakwangsa tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai finale mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato' Sri Najib di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung sebelum ke Stadium Kuala Kubu Bharu untuk liputan ceramah finale Pakatan Rakyat di sana. Lebih 40,000 orang telah membanjiri stadium tersebut untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim.

(Foto Kanan: Himpunan penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Bharu)

Abdul Rahman Hashim merupakan salah seorang penceramah UMNO Malaysia, namun beliau tidak terlibat dalam siri ceramah sepanjang pilihan raya kecil di Hulu Selangor.

Di bawah ini merupakan koleksi foto yang sempat dirakamkan semasa kunjungan ke lokasi Hulu Selangor. Sebenarnya banyak lagi foto yang sedang kami muat turun untuk paparan anda semua. Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog kami semarakwangsa.blogspot.com.



Suasana majlis taklimat di Bilik Gerakan Perhubungan UMNO WP di Taman Desa Kaloi, Hulu Yam Bharu.


P. KAMALANATHAN telah menang....dijulang oleh Perdana Menteri dan Timbalannya.


Suasana majlis taklimat. Zaharin memberikan taklimat kepada Shahrizat Jalil.


Kiri: Bersama Dato' Fuad Hassan. Kanan: Bersama Dato' Seri Noh Omar di Command Centre Bukit Sentosa, Bukit Beruntung.


Kiri: Bersama Dato' Idris Abu Bakar (Dua dari kanan) di Pejabat ADUN Hulu Bernam di Kalumpang. Foto Kanan: Bergambar di hadapan Pejabat ADUN Hulu Bernam di Kalumpang.


Singgah di Restoran Yik Mun di Tg Malim.