Friday, July 16, 2010

ASTAMAN, ROSMANIZAM DAN PAK NGAH BAKAR TERIMA ANUGERAH TOKOH KOMUNITI SUKAN KUALA LUMPUR PARLIMEN SETIAWANGSA

Datuk Astaman Abd. Aziz, Rosmanizam Abdullah dan Abu Bakar Ismail (Pak Ngah) telah dinobatkan sebagai 'Tokoh Komuniti Sukan Kuala Lumpur Parlimen Setiawangsa' sempena Malam Mesra Komuniti Sukan Kuala Lumpur yang diadakan pada 9 Julai lalu di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

(Foto - Dari kiri, Datuk Astaman, Pak Ngah Abu Bakar, Dato' Dr Junaidi Abd. Wahab, Rosmanizam Abdullah dan kanan sekali ialah Rosli Mohammad, Presiden Kelab)

Anugerah khas oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur ini telah disampaikan oleh Dato' Dr. Junaidi Abdul Wahab, Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia kepada tiga-tiga tokoh berkenaan yang disaksikan lebih seratus orang tetamu yang hadir di dalam majlis makan malam tersebut. Dato' Dr. Junaidi Abdul Wahab juga telah mewakili Menteri Belia dan Sukan merasmikan majlis makan malam tersebut.

Datuk Astaman Abd. Aziz mantan Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Penasihat Kelab ini telah dianugerahkan sebagai tokoh komuniti sukan berdasarkan kepada kecemerlangannya dalam mengangkat martabat sukan bolasepak Kuala Lumpur mutakhir ini. Kehadirannya di dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sebagai 'Timbalan Presiden' telah memberi sinar harapan kepada kekuatan pasukan bolasepak Kuala Lumpur.

Datuk Astaman bukan sahaja akktif di dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, malah beliau juga telah memainkan peranan yang aktif dalam arena sukan lumba basikal setelah beliau berjaya menampilkan satu kejohanan lumba basikal bertaraf dunia iaitu Jelajah Malaysia.

Rosmanizam Abdullah pula merupakan tokoh komuniti sukan yang menerima anugerah khas ini berasaskan kepada kejayaannya mengangkat martabat sukan 'Kriket' negara ini di mata dunia. Sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah telah menampilkan imejnya sebagai penggerak kepada beberapa kejohanan kriket di bawah penganjuran Kriket Melayu.

Manakala Abu Bakar Ismail, 78 yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah telah diangkat sebagai tokoh komuniti sukan kerana penceburannya di dalam sukan 'Tinju' semasa beliau berada di dalam perkhidmatan tentera bermula tahun 1952 hingga persaraannya dalam tahun 1976. Pak Ngah bukan sahaja berjaya dalam lapangan sukan ini, malah beliau juga telah diangkat sebagai jurulatih kepada sukan tunju di dalam angkatan tentera. Salah seorang anak didiknya pernah muncul mewakili negara di dalam acara tinju di Sukan Olimpik.

Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur akan meneruskan penganugerahan seumpama ini di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai satu usaha dan galakan ke arah memasyarakatkkan sukan.

KOLEKSI FOTO MALAM MESRA KOMUNITI SUKAN KUALA LUMPUR
PARLIMEN SETIAWANGSA


Dari kiri - Saifol Azman, Rosmanizam dan Rosli Mohammad di bilik VIP


Para tetamu jemputan di meja makan


Suasana di bilik VIP


Barisan AJK Kelab yang menerima watikah lantikan


Datuk Astaman (Kanan) bersama Dato' Dr. Junaidi Wahab (Kiri) di bilik VIP.


Dari kiri: Rosmanizam, Datuk Astaman dan Dato' Dr. Junaidi di meja makan VIP


Abas Mohd. Dom turut berkaraoke


Abidin dan Norsalmah menghiburkan para tetamu


Dari kiri - Rosli Mohamad, Abdul Rahman Hashim dan Saifol Azman di meja VIP