Tuesday, October 5, 2010

WARGA SETIAWANGSA BERPUSU DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI WAKIL RAKYAT MEREKA



Foto Kiri: Dato' Sri Zulhasnan dan isterinya bergambar bersama-sama dengan para tetamu. Penulis berbaju Melayu biru (kiri sekali). Foto Kanan: Sebahagian warga Setiawangsa yang hadir.

Warga Setiawangsa kelihatan terus berpusu-pusu menghadiri ke majlis rumah terbuka aidilfitri Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa yang diadakan pada hari Ahad, 3 Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa di Seksyen 5 Wangsa Maju.

(Foto - Dato' Sri Zulhasnan dan Datin Sri Anna Razak)

Lebih 10 ribu rakyat dari segenap pelusuk kawasan Parlimen ini telah bertali arus sejak pukul 11 pagi lagi sehingga jam 3 petang untuk bersama-sama dengan wakil rakyat mereka sempena menyambut hari lebaran yang masih dirayakan ini.

Kelihatan tokoh-tokoh pemimpin daripada parti komponen BN Parlimen Setiawangsa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan juga PPP tidak mahu ketinggalan untuk bersalaman dengan Dato' Sri Zulhasnan Rafique dan isterinya Datin Sri Anna Razak.

Turut berada di dalam majlis itu ialah Dato' Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita, Azmi Badaruddin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan juga Seri Wani Sabtu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa serta lain-lain ahli jawatankuasa empat peringkat UMNO Bahagian Setiawangsa.


SEBAHAGIAN KOLEKSI GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN




Sunday, October 3, 2010

RUMAH TERBUKA ERATKAN SILATURRAHIM

Rumah terbuka aidilfitri anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur yang diadakan semalam berjalan dengan penuh kemeriahan yang menyaksikan betapa eratnya hubungan silaturrahim di kalangan tetamu yang hadir.

Foto - Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Datin Sri Anna Razak sedang menjamu selera. Turut kelihatan Rosli Mohhmad (Kiri) dan Hairunnisha Ismail (Kanan).

Seperti yang dijangkakan lebih 300 orang tetamu yang diundang telah berkunjung ke rumah terbuka ini sejak pukul 3 petang sehinggalah ianya berakhir pada jam 6.45 petang.
Pertemuan silaturrahim ini juga telah menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin di dalam kawasan Parlimen Setiawangsa khususnya dari UMNO. Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa merupakan di antara tokoh pemimpin yang hadir bersama isterinya, Datin Sri Anna Razak ke majlis ini.

Datuk Haji Astaman Abdul Aziz, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur yang juga Ahli Majlis FAM telah tiba lebih awal kira-kira jam 3.15 petang, diikuti dengan kehadiran Dato' Haji Abdul Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa yang sampai pada jam 3.50 petang. Manakala Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa pula telah hadir ketika Dato' Halim Samad sedang menyampaikan ucapannya.

MEREKA MENYAMPAIKAN UCAPAN


Kiri: Datuk Astaman. Kanan: Dato' Halim


Kiri: Abdul Rahman Hashim. Kanan: Roselan Abdul Rahman

Sebelum itu, Datuk Haji Astaman Abd. Aziz sebagai Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur dan Abdul Rahman Hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Rumah Terbuka Aidilfitri turut menyampaikan ucapan aluan masing-masing. Manakala Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Madu Mas, Roselan Abdul Rahman terlebih awal telah menyampaikan ucapan aluannya.

Majlis rumah terbuka ini dianjurkan secara bersama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Madu Mas yang telah menyediakan tempat di laman kolam renang pangsapuri berkenaan.

Selain Dato' Sri Zulhasnan, Dato' Halim Samad, Dato' Fauzi Zahari dan Datuk Astaman, turut memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran beberapa orang tokoh masyarakat seperti Puan Harirunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa yang sampai ke majlis ini bersama dengan Ketua-Ketua Wanita UMNO Cawangan yang lainnya.



Turut bersama dalam majlis ini ialah Dato' Ahmad Yamin Dato' Rahim, Pengerusi Badan Kebajikan dan Tabung Bantuan Amal Persiaran Kuantan, Ahmad Yahya Yaakub, Pengerusi PERKASA Parlimen Setiawangsa dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Setiawangsa yang terdiri daripada Abas Mohd. Dom dari Cawangan Kelumpuk Camar, Ahmad Laili Tajul Arus dari cawangan Menara Seri Jati, Yatim Mohamad dari Cawangan Kg. Loke Yew, Haji Abdullah Abdul Rahman dari cawangan Pangsapuri Setapak Jaya 1B, Abu Bakar Ismail dari cawangan Dataran Sg. Bonus, Mohd. Nor dari cawangan Pinggiran Air Jernih, Azhar Kassim dari cawangan Taman Setapak Jaya, Awaludin Zaharin dari cawangan Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A, Puan Norsiah dari cawangan KLSC, Nasir Md. Amin dari cawangan Immetex, Zainal Tan Sri Mahmood dari cawangan Tmn Setiawangsa Fasa II dan juga Razak Karim, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sg. Bonus.

SEKITAR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KELAB SUKAN & REKREASI
WARGA KOTA KUALA LUMPUR, 2 OKROBER 2010



Turut kelihatan ialah Ramli Sulaiman, Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A dan Azhar@Kaloi Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak dan Yahaya Tahir, Setiausaha PERKASA Parlimen Setiawangsa. Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan pihak DBKL turut menghantar wakil masing-masing ke majlis ini.

Rosli Mohammad selaku Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur telah menyatakan rasa gembiranya di atas kejayaan majlis rumah terbuka ini yang terbukti telah menegeratkan hubungan silaturrahim sesuai dengan semangat aidilfitri yang sedang dirayakan.

Friday, October 1, 2010

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Selagi Syawal masih ada, sana sini masih ada rumah-rumah terbuka aidilfitri yang mengundang untuk dihadiri.

Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur turut mengadakan rumah terbukanya pada hari Sabtu ini, 2 Oktober 2010, bermula jam 3.00 petang, bertempat di Laman Kolam Renang, Pangsapuri Madu Mas, Jalan Ayer Madu berdekatan Jalan Ayer Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa adalah diantara tetamu yang akan menghadiri ke majlis rumah terbuka aidilfitri ini. Selain beliau turut menyatakan kesudian ke majlis ini nanti ialah Datuk Haji Astaman Abd. Aziz, Dato' Abdul Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dan juga Dato' Ahmad Fauzi yang Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa.

Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur juga telah menjemput pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga pemimpin-pemimpin pertubuhan seperti UMNO sekitar Bahagian Setiawangsa yang meliputi Wanita, Pemuda dan juga Puteri UMNO serta NGO yang lainnya.

Rumah terbuka aidilfitri ini juga dianjur bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan Pangsapuri Madu Mas yang dipimpin oleh Roselan Abdul Rahman. Pihak penganjur berkenaan juga menjemput orang ramai warga kota Kuala Lumpur supaya menghadiri ke majlis berkenaan.


Thursday, September 16, 2010

MELAYU SEMAKIN CELARU DAN KELIRU BAKAL DIRATAH

oleh Abdul Rahman Hashim


PERKASA pimpinan Ibrahim Ali dicemuh kawan dan lawan

Orang Melayu di negara ini semakin bercelaru akibat terkeliru dengan gimik politik yang dicanangkan oleh mereka yang tidak senang hati dengan percikan api keMelayuan yang dinyalakan oleh PERKASA. Perjuangan membela maruah Melayu dilihat semakin layu setelah UMNO tidak seghairah sebelumnya, sebaliknya UMNO lebih menjaga hati orang lain daripada menjaga kepentingan Melayu. Kecelaruan ini menyaksikan betapa UMNO semakin melatah dan bakal diratah.

Hari ini terdapat pemimpin UMNO yang mengugut diri mereka untuk keluar daripada saf perjuangan partinya sekiranya parti Melayu itu menyokong perjuangan PERKASA yang begitu kuat memperkasakan bangsa Melayu.

Setiausaha Agung UMNO (Ku Nan) sendiri semakin bercelaru apabila ditekan oleh mereka yang tidak sedarah Melayu, sehingga sanggup memberikan jaminan bahawa UMNO tidak akan bersekongkol dengan sebuah NGO Melayu seperti PERKASA yang dikiaskan oleh Presidennnya sebagai puak ekstrem yang patut dijauhi.

Manakala seorang lagi permimpin UMNO, Nazri Aziz dengan angkuh menyatakan bahawa beliau sudah lebih awal mengingatkan partinya supaya tidak menyokong perjuangan PERKASA yang diterajui oleh Ibrahim Ali, kerana menurutnya 'bukan Melayu' telah menolak UMNO/BN angkara taksubnya keMelayuan PERKASA jika dibandingkan dengan keMelayuan UMNO yang tidak disenangi oleh MCA, GERAKAN, MIC, PCM termasuk DAP.

Di celah-celah penolakan pemimpin Melayu UMNO terhadap perjuangan Melayu yang diteraskan oleh PERKASA itu, terpacul pula kenyataan kecewa Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat membela PERKASA, lantas mengingatkan UMNO bahawa parti itu akan menerima akibatnya dalam PRU13 nanti apabila Melayu merasakan bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan hak bangsanya demi untuk menjaga hati 'orang lain'.

Pemimpin MCA tersenyum riang apabila diberikan jaminan bahawa UMNO tidak lagi merestui perjuangan PERKASA. Manakala pemimpin DAP pula meyifatkan kenyataan Ku Nan itu sebagai silap mata dan bersandiwara untuk mengendurkan kebencian 'bukan Melayu' terhadap BN, sedangkan menurut mereka ramai ahli-ahli UMNO yang menjadi ahli PERKASA.

Melayu yang sudah berpecah tiga selama ini, kian menuju ke penghujung jalannya apabila hala tuju perjuangan Melayu tidak lagi sekata. PERKASA bukan sahaja dimusuhi oleh MCA, Gerakan, Parti Cinta Malaysia, MIC dan DAP hanya kerana pekat darah perjuangan Melayunya, malah hari ini UMNO sanggup pula menyisihkan rakan seperjuangan bangsanya itu demi untuk menjaga hati bangsa lain yang terangkum dalam gagasan 1MALAYSIA.

Pertubuhan-pertubuhan lain seperti Suqiu, Makhal Sakhti yang menyalakan api perjuangan bangsa masing-masing semakin naik tochang setelah saingan mereka PERKASA dimalukan oleh UMNO sendiri.

Demikianlah malangnya bangsa Melayu yang terjebak dengan sifat keliru dan celaru para pemimpinnya sendiri. Sampai bilakah kekeliruan dan kecelaruan ini akan berakhir sebelum Melayu dikudetakan di negaranya sendiri?

Wednesday, September 8, 2010

ROSLI SELAMAT DIBEDAH...


Ahmad Yahaya, Pengerusi PERKASA Setiawangsa ketika menziarahi Rosli di Hospital Gleanegles. Turut kelihatan Abd. Rahman Hashim (Kanan) dan Abidin Supardi (Tengah)



Foto atas & Bawah: Keadaan Rosli selepas tapak kakinya di bedah.

Tuesday, September 7, 2010

ROSLI JALANI PEMBEDAHAN TAPAK KAKINYA

Rosli Mohammad (Foto), Ketua UMNO Cawangan Kelumpuk Bunga Raya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa dimasukkan ke Hospital Gleneagles (Bilik 773) sejak semalam sebelum menjalani pembedahan kecil di telapak kaki kanannya. Kaki kanannya kelihatan membengkak memerlukan rawatan rapi bagi mengelakkan penyakit itu menjadi lebih serius.

Sebaik sahaja mendapat berita Rosli telah dimasukkan ke hospital berkenaan, maka maklumat ini serta merta dihebahkan kepada sahabat handai termasuk keluarganya sendiri. Diantara mereka yang menjengah Rosli di hospital malam tadi ialah Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Abdul Rahman Hashim, Abas Mohd. Dom, Samad Saim, Samsuri Shahrom, Radzi Jaafar, Roselan Abdul Rahman, Badrun Masan dan isterinya Fadilah Karim, Zulifilda Tamali, Jailani Mohamad serta anggota keluarganya.

Warga Semarakwangsa mendoakan agar Rosli dapat menjalani rawatan pada tapak kakinya itu dengan sempurna dan kembali sihat supaya ketibaan aidilfitri dapat dirayakan bersama.



Saturday, September 4, 2010

UNIT AMAL RAKYAT (UMARAK) DI SURAU SETAPAK JAYA 1A

Unit Amal Rakyat (UMARAK) Kelab Sukan & Rekreasi Wargakota Kuala Lumpur telah berkunjung ke Surau Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A pada Khamis lepas (2 September) untuk bersama-sama jemaah di sana menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih.

(Foto - Datuk Astaman bersama pemimpin tempatan di Surau Rumah Setapak Jaya 1A)

Datuk Astaman Abd. Aziz, Pengerusi UMARAK turut serta bersama-sama rombongan ahli jawatankuasa Kelab Sukan yang diketuai oleh Rosli Mohammad (Yang Dipertua), Abdul Rahman Hashim (Timbalan Yang Dipertua), Roselan Abdul Rahman (Setiausaha) dan Radzi Jaafar (AJK). Turut bersama ialah Badrun Masan (Tim. Ketua Cawangan Taman Setapak Jaya), Yahaya Yahir (Tim. Ketua Cawangan Rampai Town), Haji Zulkapi Hussin (Bendahari PERKASA Setiawangsa).

Selepas selesai solat sunat tarawih rombongan UMARAK berkesempatan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A yang terdiri daripada Ismail Silah (Pengerusi Surau), Ramli Sulaiman (Pengerusi Persatuan Penduduk), Awaludin Zaharin (Ketua UMNO Cawangan), Haji Abd. Rahim Abdullah (Pengerusi Tetap UMNO Cawangan) dan lain-lain ahli jawatankuasa masing-masing.

Datuk Astaman Abdul Aziz, Pengerusi UMARAK telah menyerahkan sumbangan amal sempena Ramadan untuk surau berkenaan kepada Pengerusinya, Ismail Silah.



Datuk Astaman bersama Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Setapak Jaya 1A, Ramli Sulaiman.


Beramah mesra dengan para jemaah.

Menikmati jamuan morey bersama pemimpin-pemimpin tempatan.