Pemimpin Perkasa Setiawangsa: Ahmad Yahaya, Mat Laili & Dato' Yamin
Ahmad Yahaya Yaakub telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Parlimen Setiawangsa. Beliau dilantik oleh Presiden PERKASA Dato' Paduka Ibrahim Ali bagi membolehkannya melantik pula barisan ahli-ahli jawatankuasa di peringkat Parlimen Setiawangsa.
PERKASA Parlimen Setiawangsa telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 22 Julai 2010 yang lalu bertempat di Dewan Menara Seri Jati, AU3 Keramat. Di dalam mesyuarat itu Ahmad Yahaya telah mengumumkan perlantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasanya yang terdiri daripada Ahmad Laili Tajul Arus sebagai Timbalan, manakala Dato' Paduka Ahmad Yamin Dato' Rahim telah dilantik sebagai Naib Pengerusi.
Yahaya Tahir pula dilantik sebagai Setiausaha, diikuti Haji Zulkapli Hussin sebagai Bendahari dan Abdul Rahman Hashim pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Berikut ini adalah senarai penuh barisan ahli jawatankuasa PERKASA Peringkat Parlimen Seiawangsa yang telah dilantik:-
PENGERUSI
Ahmad Yahaya Yaakub
TIMBALAN PENGERUSI
Ahmad Laili Tajul Arus
NAIB PENGERUSI
Dato' Ahmad Yamin Dato' Abd. Rahim
KETUA WIRA PERKASA
Mohd. Shah
KETUA WIRANITA
Nora Haji Tarmizi
KETUA WIRAWATI
Maimunah Sharizan
SETIAUSAHA
Yahaya Tahir
BENDAHARI
Tuan Haji Zulkapli Husin
KETUA PENERANGAN
Abdul Rahman Hashim
AHLI JAWATANKUASA
Rosli Mohammad
Mohd. Radzi Jaafar
Yatim Mohamad
Abas Mohd. Dom
Samad Saim
Mohd. Shari Sidek
Haji Yahaya Abu Bakar
Abdul Hamid Mayuni
Awaluddin Abu Zaharin
Jaafar Malek
Muner Nasution Amin Nordin
Nasir Md. Amin
Haji Abdullah Abdul Rahman
Badrun Masan
Wan Yaakop.
Mehat
Roselan Abdul Rahman
Kini, di Wilayah Persekutuan setiap kawasan Parlimen telah ditubuhkan PERKASA. Dato' Mokhtar Samad sendiri merupakan Yang Dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan. Satu majlis pelancaran PERKASA Wilayah Persekutuan yang merangkumi semua peringkat Parlimennya telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Sanusi Junid pada 25 Julai lepas.
Warga Setiawangsa yang ingin menjadi ahli PERKASA sila hubungi Setiausaha Perkasa, Yahaya Tahir No. Telefon01934555575 atau 0126866885.