Friday, August 6, 2010

SETIAWANGSA MENJATUHKAN DARJATNYA?

UMNO Bahagian Setiawangsa nampaknya semakin terjerumus dengan pertelingkahan sesama politikusnya. Semenjak Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa menyerapkan lantikan baru Bendaharinya, UMNO Bahagian ini dilihat bertambah goyah akibat persengketaan dan sindrom kebencian terhadap 'Sang Bendahari' itu sehingga mengheret maruah dan darjat ketuanya.

Bertambah buruk lagi apabila kemunculan Datuk Astaman dalam pertandingan G7 baru-baru ini telah mengundang kebaculan blog hantu 'anak kuala lumpur' yang hanya berani mengkritik dan mengadu domba tetapi tidak berani pula memaparkan nama apatah lagi memaparkan wajahnya di dalam blog berkenaan.

Blog itu terlalu ghairah membuat 'kutukan dewata' yang bersifat bias kerana ia terlalu menyenget dengan kebenciannya terhadap Datuk Astaman sehingga terserlah auranya sebagai penulis upahan yang terpercik kepada tuannya sendiri.

Blogger berkenaan tidak cermat dalam penulisannya seolah-olah melihat keburukan dan kelemahan UMNO Setiawangsa hanya terletak di pundak Datuk Astaman semata-mata, tanpa sedikit pun huraian penambah baikan yang perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Setiawangsa dalam menangani beberapa isu rakyat yang semakin membenci terhadap UMNO/BN.

Apa perlunya blog berkenaan menjolok sarang tabuan sehingga membuat provokasi kononnya UMNO Setiawangsa kini dihendap oleh SPRM? Bukankah hendapan itu akan memburukkan lagi imej Zulhasnan, seolah-olah beliau sengaja mahukan SPRM menyelongkar kelemahan yang berlaku di dalam empayar Setiawangsa yang beliau pimpin?

Bukankah perlakuan menjolok sarang tabuan itu boleh juga disifatkan sebagai membuka pekung di dada? Sudah tentulah mereka yang diserang itu akan mengambil sikap pula untuk menangkis dan mungkin mereka yang terbabit juga akan mencari punca provokasi serta akan mengatur pula tindakan untuk melakukan pendedahan terhadap kebobrokan pihak lain yang tidak didedahkan oleh 'blog anak kuala lumpur'?

Risiko inilah yang sedang dihadapi oleh UMNO Setiawangsa akibat menebalnya sikap iri hati yang memperlihatkan juga sifat ketakutan terhadap bayang-bayang yang diandaikan sebagai bayangan hantu.

Samada menuduh tanpa bukti atau bersangka benar bahawa wujudnya permainan wang dalam perebutan jawatan tertentu di dalam UMNO, bukan bermakna kita dianggap lebih sayangkan UMNO, kerana perlakuan membaling batu sembunyi tangan itu dilihat lebih membahayakan parti. Apatah lagi jika yang menyembunyikan tangannya itu juga pernah terlibat malah lebih menonjol koruptivitinya daripada orang yang disangka sepertinya.

Apa bezanya koruptiviti G7 dengan koruptiviti merebut jawatan penting di dalam UMNO Bahagian? Bukankah apa yang didedahkan itu juga berlaku lebih hebat ketika musim merebut jawatan pada tahun 2008, cuma tidak ada yang terdorong dan mendorong untuk membuat provokasi di dalam blog tertentu. Blog locengwangsa yang lebih mendahului blog semarakwangsa juga tidak terdorong apatah lagi didorong untuk melakukan pendedahan mengenai aktiviti rasuah yang berlaku pada tahun 2008.

Saya turut mengikuti kemunculan Ahmad Yahaya dengan blog sensasinya iaitu 'buraqkualalumpur'. Ahmad Yahaya dilihat terdorong pula mempertahankan dirinya setelah diserang akibat prasangka buruk yang dicetuskan oleh pihak tertentu di dalam blog upahannya iaitu blog 'anak kuala lumpur'.

Pada saya, pergeseran itu semakin tercondong untuk mengheret keburukan yang berlaku di dalam kepimpinan UMNO Bahagian Setiawangsa yang bukan sahaja memercik ke muka pengadu domba yang terbabit, malah telah mencalarkan imej Dato' Sri Zulhasnan yang mungkin mahu mendarjatkan dirinya untuk semusim lagi selepas ini.




7 comments:

  1. salam

    dgn tulus ikhlas kita di setiawangsa tidak perlu takut kerana setiap percakapan sang bendahri pd pemilihan umno yg lepas tentang politik kepala agung ade dirakam kan dan ade saksi soheh yg akan berani memgadu kelak

    ReplyDelete
  2. kalau budak kuala lumpur anak jantan tunjukanlah wajah dan berilah org lain komen kat pagenya

    ReplyDelete
  3. Kita memang tak perlu tunduk dengan sikap pemimpin yang membaling batu sembunyi tangan sprti Zulhasnan. Shuib terlalu banyak musuhnya, dan dibenci ramai org, kenape diberikan temnpat. Bukankah perwakilan sudah menolaknya, tak mau dia jadi Timbalan Ketua Bahagian, kenape diberikan laluan untuk dia berkokok lagi. Dia sangka tak ada orang yang benci dia ke...dia sangka semua org mesti ikut cakap dia ke? Baghal betul Zulhasnan....

    ReplyDelete
  4. Kpd anonymous di atas....siapa pemimpin yg baling batu sembunyi tangan. Rasanya spr sdra je...Jgn dok asyik mengata org klu tak tau hal sebenar...sdra ni spt katak bawah tempurung...spt anjing menyalak bukit....jgnla suka dok melalak je tanpa tau kedaaan sebenar. Rasanyer sdra la spt keldai..bahgal...jgn dok asyik dan leka mencipta kesalahan org lain...bangunla dr tido dn mimpi di siang hari.

    ReplyDelete
  5. salam,sebaik baiknya apa yg hendak kita komen biarlah berasas dan tidak dipengaruhi oleh nafsu amarah kita.Dalam keghairahan kita utk membuat teguran dan juga dalam menjawag teguran yg diberi jgn sekali kali hendaknya kita lupa bahawa kita adalah bangsa melayu berugama ISLAM dan terkenal dgn bangsa yg mempunyai budi bahasa yg halus dan lembut.Sebagai ketua bahagian dato' zul dgn kuasa yg diberikan kpdnya berhak memilih sesiapa sahaja utk dilantik kejawatan lantikan tetapi pastikanlah mereka mereka yg dilantik itu terdiri dari individu individu yg menepati ciri ciri kepimpinan yg diharapkan oleh ahli ahli umno dan rakyat.Kegagalan beliau berbuat demikian bukan shj akan merugikan dirinya tetapi yg lebih utama parti UMNO yg kita cintai.Utamakanlah kepentingan agama.rakyat dan parti dari kepentingan politik sendiri dalam sebarang keputusan yg dibuat.Mereka yg dilantik biarlah terdiri dari mereka yg mempunyai ciri ciri kepimpinan yg terbukti bukan mereka mereka yg hanya pandai memberi komen tapi tidak mempunyai sebarang 'track record' dlm 'organizing' maupun memimpin cawangan yg tidak aktif.Pada pandangan saya umno tidak memerlukan mereka mereka yg mempunyai sikap 'sudah diludah dijilat semula' dan setelah itu memberikan justifikasi justifikasi yg lemah utk 'menghalalkan'perubahan sikapnya itu.Perlu saya nyatakan disini bahawa komen saya ini tidak merujuk kpd sesiapa yg tertentu cuma teringat kpd kata org tua tua dahulu 'tepuk dada tanya selera' dan ;siapa makan cili dia terasa pedas'

    ReplyDelete
  6. Kalau bukan Shuib yang layak jadi Bendahari bahagian sebutlah saja sape yang layakTugas Bendahari mengaja duit Bahagian bagi bagi pihak KB.Apa kena megena ngan sombong, ego, mengungkit dan lain lagi sifat buruk yang di lemparkan pada beliau.Kalau KB rasa dia memerlukan seorang charted accountant untuk menjadi menolong nya dalam hal kewangan itu hak mutlak beliau.Kalau berasa nak kuasa melantik pegawai bahagian jadi ketua bahagian.

    ReplyDelete
  7. sdra anony
    Masaalahnya duit bhgian dijaga takpe..ini dgn tepi kain,dlm kain org gak nak dijaganya..
    sory le..puasa tak terbatal kot ckp berita benar..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.