Tuesday, October 5, 2010

WARGA SETIAWANGSA BERPUSU DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI WAKIL RAKYAT MEREKA



Foto Kiri: Dato' Sri Zulhasnan dan isterinya bergambar bersama-sama dengan para tetamu. Penulis berbaju Melayu biru (kiri sekali). Foto Kanan: Sebahagian warga Setiawangsa yang hadir.

Warga Setiawangsa kelihatan terus berpusu-pusu menghadiri ke majlis rumah terbuka aidilfitri Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa yang diadakan pada hari Ahad, 3 Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa di Seksyen 5 Wangsa Maju.

(Foto - Dato' Sri Zulhasnan dan Datin Sri Anna Razak)

Lebih 10 ribu rakyat dari segenap pelusuk kawasan Parlimen ini telah bertali arus sejak pukul 11 pagi lagi sehingga jam 3 petang untuk bersama-sama dengan wakil rakyat mereka sempena menyambut hari lebaran yang masih dirayakan ini.

Kelihatan tokoh-tokoh pemimpin daripada parti komponen BN Parlimen Setiawangsa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan juga PPP tidak mahu ketinggalan untuk bersalaman dengan Dato' Sri Zulhasnan Rafique dan isterinya Datin Sri Anna Razak.

Turut berada di dalam majlis itu ialah Dato' Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita, Azmi Badaruddin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan juga Seri Wani Sabtu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa serta lain-lain ahli jawatankuasa empat peringkat UMNO Bahagian Setiawangsa.


SEBAHAGIAN KOLEKSI GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN