Dato' Seri Zahid Hamid dan Dato' Halim Samad
Sambutan perayaaan Aidilfitri sudah pun di penghujungnya. Di Setiawangsa kelmarin Dato' Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa telah mengadakan rumah terbuka aidilfitri di kediamannya di Kampung Dato' Keramat yang turut menyaksikan kehadiran ramai tetamu-tetamu jemputannya.
Di antara para tetamu istimewa yang hadir di majlis itu ialah Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Partahanan Malaysia, Dato' Seri Shafie Apdal, Menteri Pembangunan dan Kemajuan Luar Bandar Malaysia, Dato' Seri Mohd. Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga Dato' Seri Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan II.
Dato' Halim (Dua dari Kanan) dan Abd. Rahman Hashim (Kanan sekali)
Allahyarham Tun Razak kepada Shafie Apdal dan Zulhasnan
Razak Karim (Berdiri Kanan) bersama Dato' Seri Awang Adek dan Dato' Seri Ismail Sabri
Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa juga hadir memeriahkan lagi suasana sambutan rumah terbuka itu. Kelihatan juga di dalam majlis tersebut tersebut ialah Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dan juga Datuk Astaman Abd. Aziz, Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa.
Puan Hairunnisha Ismail, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa bersama rakan-rakan exconya turut berada di awal majlis sehingga di penghujungnya. Begitu juga dengan Seri Wani Sabtu beserta dengan ketua-ketua Puteri yang lainnya tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka bersama Timbalan Ketua UMNO Setiawangsa.