Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

EDITORIAL SEMARAKWANGSA MENGUCAPKAN
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SAHABAT MAYA



Ketua Panitia: Abdul Rahman Hashim. Panitia Kanan: Rosli Mohammad & Radzi Jaafar


Anggota Panitia: Abas Mohd. Dom, Roselan Abd. Rahman, Abidin Supardi & Adi Putra

Sesungguhnya Ramadan bulan kemuliaan, turunnya Al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhamad SAW, juga disebut Allah sebagai bulan keampunan (Al-Maghfirah), di bulan ini juga dibuka segala pintu syurga, di tutup semua pintu neraka dan terbelengu segala iblis dan syaitan.

Berpuasa merupakan perisai kepada orang yang bertaqwa, berpuasa menginsafkan kita sebagai insan, berpuasa bukan sekadar berlapar dan berdahaga di siang harinya malah berpuasa berkehendakkan sajian amalan berjariah dan banyakkan bersedekah.

Sesungguhnya seluruh warga semarakwangsa mengharapkan agar semangat Ramadan dapat memupuk silaturrahim yang lebih akrab tanpa dicemari dengan prasangka buruk di kalangan kita. Tiada lain tempat yang selayaknya untuk dipohon keampunan melainkan kepadaMu Ya Allah!!

1 comment:

  1. Salam Ramadan,

    KAMI MEMOHON MAAF KERANA SELEPAS INI BLOG SEMARAKWANGSA TIDAK DAPAT MELOLOSKAN SEGALA ULASAN YANG MENYOROKKAN NAMA DAN IDENTITI PENGULAS. BLOG INI BUKAN PLATFORM UNTUK MENGHALALKAN PENGHINAAN PERIBADI, TETAPI SEMARAKWANGSA AKAN MENYEMARAKKAN MAKLUMAT DAN PANDANGAN-PANDANGAN YANG LEBIH TUNTAS BERTERASKAN NILAI-NILAI MORAL TANPA TERDORONG DENGAN EMOSI FITNAH YANG MELAMPAU.

    TERIMA KASIH.

    MOHD. RADZI JAAFAR,
    1 Ramadan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.