Monday, August 2, 2010

ASTAMAN TURUT MENANG BESAR DALAM FAM

Datuk Astaman Abdul Aziz, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur adalah di antara muka baru yang telah membarisi 'Jawatatankuasa Eksekutif FAM' bagi sesi 2010 - 2014. Beliau berjaya di tempat kedua telah memperolehi 32 undi di bawah Datuk Takiyuddin Hassan daripada Kelantan yang mendapat undi tertinggi iaitu 33 undi.

(Foto kiri: Datuk Astaman Abdul Aziz)

Enam orang tokoh yang lain yang turut berjaya menduduki Jawatankuasa Eksekutif FAM ialah Mejar Rani Abdul Rahim (31 undi), S. Sivasundram (31 undi), Dr. Hamdan Mohamed Khalib (29 undi), Datuk Osman Salleh (24 undi), Haji Rosmadi Ismail (24 undi) dan Datuk Jeferey Low Han Chau (20 undi).

Kongres Tahunan Ke-47 Persatuan Bolasepak Malaysia yang diadakan pada 31 Julai lalu juga telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila 38 perwakilan yang menghadiri Sidang Pemilihan Kongres telah mengembalikan semula Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden FAM yang bergandingan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Annuar Musa yang turut memenangi jawatan Timbalan Presiden dengan memperolehi 23 undi. Tengku Abdullah memperolehi 29 undi.

Tengku Abdullah sebelum ini pernah menyandang jawatan itu pada Februari 1992, namun telah melepaskannya pada Mac tahun berikutnya. Tengku Mahkota Pahang itu bagaimanapun dipilih memegang jawatan itu semula pada Februari 1994, sebelum melepaskannya kembali pada Julai 2007.

Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur turut berbangga di atas kejayaan Datuk Astaman Abdul Aziz bertapak di dalam arena bolasepak negara. Datuk Astaman yang juga penasihat kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur baru-baru ini telah menerima anugerah 'Tokoh Komuniti Sukan Kuala Lumpur' daripada Kelab ini sebagai pengiktirafan di atas kecemerlangannya mengangkat martabat sukan bolasepak Kuala Lumpur.

Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur, Rosli Mohammad berkata bahawa kelab ini akan mengadakan satu majlis kesyukuran di atas kejayaannya itu sebelum ketibaan Ramadan yang akan datang ini.


2 comments:

  1. Tahniahlah cik..... (macam iklan tu)

    ReplyDelete
  2. tahniah semarakwangsa,
    saya perhatikan mmg dari awal lagi kelab sukan kuala lumpur tersebut menghargai usaha dato astaman dengan anugerah yang disampaikan..kami amat menyokong usaha usaha berterusan kelab sukan dan presiden memberi fokus kepada sukan di kuala lumpur..dengan di bantu oleh dato astaman maka kelab tuan2 pasti dapat membantu masyarakat kuala lumpur amnya...saya telah perhatikan lama bab dato astaman..dlm bantu membantu dia amat layak..tak pernah ungkit2 jasanya tak mcm bendahara sorang tu..buat leceh n rosakan nama ketua bahagian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.