Thursday, September 16, 2010

MELAYU SEMAKIN CELARU DAN KELIRU BAKAL DIRATAH

oleh Abdul Rahman Hashim


PERKASA pimpinan Ibrahim Ali dicemuh kawan dan lawan

Orang Melayu di negara ini semakin bercelaru akibat terkeliru dengan gimik politik yang dicanangkan oleh mereka yang tidak senang hati dengan percikan api keMelayuan yang dinyalakan oleh PERKASA. Perjuangan membela maruah Melayu dilihat semakin layu setelah UMNO tidak seghairah sebelumnya, sebaliknya UMNO lebih menjaga hati orang lain daripada menjaga kepentingan Melayu. Kecelaruan ini menyaksikan betapa UMNO semakin melatah dan bakal diratah.

Hari ini terdapat pemimpin UMNO yang mengugut diri mereka untuk keluar daripada saf perjuangan partinya sekiranya parti Melayu itu menyokong perjuangan PERKASA yang begitu kuat memperkasakan bangsa Melayu.

Setiausaha Agung UMNO (Ku Nan) sendiri semakin bercelaru apabila ditekan oleh mereka yang tidak sedarah Melayu, sehingga sanggup memberikan jaminan bahawa UMNO tidak akan bersekongkol dengan sebuah NGO Melayu seperti PERKASA yang dikiaskan oleh Presidennnya sebagai puak ekstrem yang patut dijauhi.

Manakala seorang lagi permimpin UMNO, Nazri Aziz dengan angkuh menyatakan bahawa beliau sudah lebih awal mengingatkan partinya supaya tidak menyokong perjuangan PERKASA yang diterajui oleh Ibrahim Ali, kerana menurutnya 'bukan Melayu' telah menolak UMNO/BN angkara taksubnya keMelayuan PERKASA jika dibandingkan dengan keMelayuan UMNO yang tidak disenangi oleh MCA, GERAKAN, MIC, PCM termasuk DAP.

Di celah-celah penolakan pemimpin Melayu UMNO terhadap perjuangan Melayu yang diteraskan oleh PERKASA itu, terpacul pula kenyataan kecewa Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat membela PERKASA, lantas mengingatkan UMNO bahawa parti itu akan menerima akibatnya dalam PRU13 nanti apabila Melayu merasakan bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan hak bangsanya demi untuk menjaga hati 'orang lain'.

Pemimpin MCA tersenyum riang apabila diberikan jaminan bahawa UMNO tidak lagi merestui perjuangan PERKASA. Manakala pemimpin DAP pula meyifatkan kenyataan Ku Nan itu sebagai silap mata dan bersandiwara untuk mengendurkan kebencian 'bukan Melayu' terhadap BN, sedangkan menurut mereka ramai ahli-ahli UMNO yang menjadi ahli PERKASA.

Melayu yang sudah berpecah tiga selama ini, kian menuju ke penghujung jalannya apabila hala tuju perjuangan Melayu tidak lagi sekata. PERKASA bukan sahaja dimusuhi oleh MCA, Gerakan, Parti Cinta Malaysia, MIC dan DAP hanya kerana pekat darah perjuangan Melayunya, malah hari ini UMNO sanggup pula menyisihkan rakan seperjuangan bangsanya itu demi untuk menjaga hati bangsa lain yang terangkum dalam gagasan 1MALAYSIA.

Pertubuhan-pertubuhan lain seperti Suqiu, Makhal Sakhti yang menyalakan api perjuangan bangsa masing-masing semakin naik tochang setelah saingan mereka PERKASA dimalukan oleh UMNO sendiri.

Demikianlah malangnya bangsa Melayu yang terjebak dengan sifat keliru dan celaru para pemimpinnya sendiri. Sampai bilakah kekeliruan dan kecelaruan ini akan berakhir sebelum Melayu dikudetakan di negaranya sendiri?

1 comment:

  1. Salam :

    Kepada Pemimpin Melayu UMNO, Pas dan Keadilan bolehkah kamu berbangga dengan apa yang telah kamu lakukan kepada bangsa mu yang berbangsa Melayu ?

    Dihadapan mata anak bangsa melihat keputusan dan wadah perjuangan bangsa yang semakin keliru dan bercelaru , demi menjaga hati orang lain yang menjadi penentu sesuatu keputusan ( kononnya ) .

    Sehinggakan siapa lawan dan siapa kawan sesama bangsa juga kini ditentukan oleh bukan ahlinya kerana kepentingan Politik semata .

    Kerana bersengketa nya Pemimpin melayu UMNO, Pas - KeAdilan maka hari ini dimata anak bangsa melihat keputusan dan wadah perjuangan bangsa semakin terancam .

    Saya menyeru , bangkitlah rakan aktivis-aktivis MELAYU dari seluruh pelusuk negara bersama melontarkan penulisan membela bangsa mu . Semoga segala usaha dan doa kita bersama di MAKBULkan .


    MISI DAN VISI

    1)- MEMPERTAHAN HAK BANGSA MELAYU YANG KINI TELAH DIPERTIKAI .DAN DICADANGKAN PERLAKSANAAN KESESUAIAN MENGIKUT MERIT , TANPA MENYENTUH HAK KEISTIMEWAAN YANG TELAH MEREKA NIKMATI SELAMA INI

    2)- NEGARA MALAYSIA ADALAH TANAH MELAYU. TANAH MELAYU ADALA TANAH ORANG MELAYU DAN PRIBUMI . JANGANLAH KERANA POLITIK UMNO , PAS -KeAdilan BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DALAM KERUGIAN .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.