Sunday, June 20, 2010

DUA DATUK TANDING G7 DI SETIAWANGSA


Datuk Astaman Abd. Aziz & Dato' Ahmad Yamin

Walaupun tahun ini bukannya musim pemilihan jawatan bagi semua peringkat UMNO, namun pemilihan tujuh perwakilan (G7) UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia tetap menghangatkan suasana persidangan perwakilan UMNO di peringkat Bahagian yang sudah pun bermula sabtu lalu.

UMNO Bahagian Setiawangsa bakal mengadakan persidangan perwakilannya pada 11 Julai depan yang akan dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Kehangatan untuk memilih G7 ini turut dirasai di Bahagian Setiawangsa yang bakal menyaksikan 16 calon akan berentap untuk merebut tujuh kerusi yang biasa disebut sebagai G7 yang dipertandingkan kali ini. Diantara calon yang dilihat telah menawarkan diri dalam pemilihan G7 itu ialah dua orang yang bergelar Datuk, iaitu Datuk Astaman Bin Abdul Aziz dan juga Dato' Ahmad Yamin Bin Dato' Abd. Rahim.

Datuk Astaman mantan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju kini menjadi ahli UMNO di cawangan Rampai Town di Bahagian Setiawangsa, manakala Dato' Ahmad Yamin pula merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa dan juga Ketua UMNO Cawangan Persiaran Kuantan.

TURUT BERTANDING G7


Abdul Rahman Hashim, Ahmad Laili Tajul Arus, Sakandar Khan, Samad Saim, Abas Mohd. Dom & Roselan

Selain mereka berdua yang turut menawarkan diri ialah Abdul Rahman Hashim, Azhar Md. Kassim, Samad Saim, Ahmad Laili Tajul Arus, Mohd. Shari Sidek, Dimyati Jaffar, Hamzah Kamarudin, Sakandar Khan, Mohd. Radzi Jaafar, Roselan Abdul Rahman, Abas Mohd. Dom dan beberapa orang lagi yang bakal mendaftar nama sebelum Isnin ini (21 Jun).

Kaedah pemilihan calon G7 yang dipraktiskan kali ini tidak dibuat di dalam persidangan cawangan-cawangan sebagaimana yang biasa dilakukan sebelum ini. Mereka yang ingin menawarkan diri untuk menjadi calon G7 di peringkat Bahagian kali ini hanya perlu mendaftarkan diri mereka dengan syarat seseorang itu mestilah seorang ahli UMNO di dalam Bahagian yang berkenaan.

Apakah perebutan kerusi G7 kali ini memperlihatkan persaingan yang lebih sihat diantara tokoh-tokoh yang menawarkan diri itu tanpa dibayangi oleh nakhoda-nakhoda tertentu yang terdapat di dalam UMNO Bahagian Setiawangsa? Jika senario pertandingan G7 ini juga digambarkan sebagai persaingan kumpulan-kumpulan tertentu, maka sewajarnyalah mereka yang bertanding itu tidak terjebak dengan agenda kumpulan, sebaliknya biarlah pertandingan G7 yang diadakan itu sebagai satu proses biasa sahaja.

Janganlah ada pihak-pihak tertentu yang cuba membuat persepsi negatif seolah-olah pertandingan merebut jawatan G7 itu merupakan persaingan proksi tertentu. Biarkanlah pemilihan G7 itu diadakan secara sihat mengikut lunas-lunas demokrasi yang diamalkan oleh parti kita selama ini.

Sebaik-baiknya 'kerja buat' yang perlu dilipatgandakan selepas ini ialah bagaimana caranya untuk UMNO meyakinkan rakyat supaya parti ini terus bertakhta di hati mereka. UMNO jangan sekali-kali melekakan tanggungjawab ini, kerana jika bukan kita yang memikul tanggungjawab ini, siapa lagi?

Agenda memperkukuhkan kumpulan tertentu di dalam UMNO bukanlah satu keutamaan ketika UMNO sedang dilanda cabaran getir selepas rakyat menolak BN sehingga parti ini tidak lagi menguasai dua pertiga di dalam Dewan Rakyat. Kekalahan yang menimpa UMNO dan BN di dalam PRU12 yang lalu tidak memungkinkan UMNO terus berpecah.

Perpecahan di dalam UMNO akan mengakibatkan generasi Melayu hari ini bakal ditimpa musibah yang berpanjangan. UMNO Bahagian Setiawangsa yang dipimpin oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique hendaknya terus berpadu tenaga supaya lebih mudah kita menyusun agenda gempur terhadap musuh sebenar UMNO.

Bukankah lebih baik jika kekuatan yang dimiliki dipergunakan untuk memperkuatkan perjuangan menebus semula maruah UMNO di kalangan rakyat akar umbi? Kita seharusnya 'selenggang dan sehayun' dalam menggarap tenaga menggempur musuh. Walaupun mempunyai pebezaan pendapat, tetapi ia bukanlah faktor untuk membentuk kumpulan sehingga melemahkan kumpulan yang lain, di mana akhirnya UMNO semakin lemah.

Penyusunan 15 biro yang diumumkan oleh Dato' Sri Zulhasnan untuk UMNO Bahagian Setiawangsa baru-baru ini hendaklah disertai dengan semangat perpaduan yang kukuh. Sepatutnya setiap orang yang diberikan tugas dan tanggungjawab mengetuai mana-mana biro hendaklah memikirkan misi dan visi ke arah kesiapsiagaan merakyatkan UMNO.


5 comments:

  1. salam

    sy ingin bg pendapat sedikit pd puteri. sy seorg yg tidak meyebekahi mana² pihak, sy dtg dr umno lain utk memerhatikan ke tiga² pergerakan sayap berucap utk kali ke 2

    sy dapati ketiga² syap yg berucap smlm puteri megenengahkan isu yg dh lama, cr penyamapai ketua puteri mendatar apabila puteri berucap dlm keadaan sedih ianya tidak menjiwai hati perwakilan

    pemuda ade peningkatan yg ketara...tahniah ketua pemuda umno bhg setiawangsa yg sy kenali semenjak dr sebelum wujudnya w/maju dan setiawangsa...

    ketua wanita pula sy kagum dgn beliau kerana beliau bijak mengenengahkan isu² semasa dan perancangan utk masa akan dtg.

    ReplyDelete
  2. salam

    sy ingin bg pendapat sedikit pd puteri. sy seorg yg tidak meyebekahi mana² pihak, sy dtg dr umno lain utk memerhatikan ke tiga² pergerakan sayap berucap utk kali ke 2

    sy dapati ketiga² syap yg berucap smlm puteri megenengahkan isu yg dh lama, cr penyamapai ketua puteri mendatar apabila puteri berucap dlm keadaan sedih ianya tidak menjiwai hati perwakilan

    pemuda ade peningkatan yg ketara...tahniah ketua pemuda umno bhg setiawangsa yg sy kenali semenjak dr sebelum wujudnya w/maju dan setiawangsa...

    ketua wanita pula sy kagum dgn beliau kerana beliau bijak mengenengahkan isu² semasa dan perancangan utk masa akan dtg.

    ReplyDelete
  3. nonymous said...

    salam

    sy ingin bg pendapat sedikit pd puteri. sy seorg yg tidak meyebelahi mana² pihak, sy dtg dr umno lain utk memerhatikan ke tiga² pergerakan sayap berucap utk kali ke 2

    sy dapati ketiga² syap yg berucap smlm puteri megenengahkan isu yg dh lama, cr penyamapai ketua puteri mendatar apabila puteri berucap dlm keadaan sedih ianya tidak menjiwai hati perwakilan

    pemuda ade peningkatan yg ketara...tahniah ketua pemuda umno bhg setiawangsa yg sy kenali semenjak dr sebelum wujudnya w/maju dan setiawangsa...

    ketua wanita pula sy kagum dgn beliau kerana beliau bijak mengenengahkan isu² semasa dan perancangan utk masa akan dtg.

    ReplyDelete
  4. blog ini hanya nak naik kan nama astaman sahaja.. kerana pengarang blog ini ada lah org yg bertanggungjawab membawa astaman ke setiawangsa..dgn alasan nak berkhidmat, tapi kerana nak cari makan sebenar nya

    ReplyDelete
  5. agreed with you. mmg blog ni untuk penulis menjulang nama astaman. Nak muntah dan muak! Puji ler astaman tinggi- tinggi pun, entah berapa byk Astaman dan bagi allowance dekat penulis...

    Wah cemerlang! Dari Wangsa Maju ke Setiawangsa perangai penulis tak pernah berubah. Dari satu dato ke satu dato penulis hinggap. Akhirnya hinggap ke Astaman. Hati- hati mereka ni belum tentu setiasa, mereka ni hanya setia pada duit!

    Bangsatkan perjuangan UMNO, yang diperjuang hanya DUIT!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.