Friday, May 28, 2010

23 TAHUN MEMIMPIN AKHIRNYA SULEIMAN MOHAMED MAHU LETAK JAWATAN?l

Oleh: Abdul Rahman Hashim

Memeranjatkan....setelah 23 tahun memimpin UMNO Bahagian Titiwangsa akhirnya Dato' Seri Dr. Suleiman Mohamed (Foto) tidak mampu lagi untuk bertahan meneruskan legasinya, setelah Bahagian itu digemparkan dengan hasrat perletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian yang dikatakan berkuatkuasa pada 1 Jun ini.

Kelmarin berita 'Iron Man Titiwangsa' ini akan meletakkan jawatannya telah dipaparkan di dalam beberapa laman blog termasuk 'wilayahkini', namun begitu Drs. Suleiman dikatakan telah menafikannya dan meminta supaya mendapatkan pengesahannya terlebih dahulu.

Sehingga ini tidak dapat dipastikan apakah alasan sebenar sehingga mendorong beliau melepaskan jawatan yang begitu sinonim dengan Titiwangsa itu. Dr. Suleiman Mohamed pernah menjadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana sebelum dipindahkan ke Kementerian Penerangan dan selepas itu pula beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan sebelum direhatkan pada tahun 2004, kerana dirinya tidak lagi dicalonkan di dalam pilihan raya umum pada tahun berkenaan.

Sepanjang saya mengenali beliau sejak 1985, Dr. Suleiman Mohamed pernah bergiat cergas di dalam Pergerakan Pemuda dengan mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Setapak dan kemudiannya menjadi Bahagian Titiwangsa.

Kariernya di dalam UMNO semakin bersinar apabila dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, seterusnya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di zaman Anwar Ibrahim. Saya pernah terlibat sebagai salah seorang fasilitator di dalam Biro Latihan Pemuda UMNO Malaysia yang beliau ketuai pada masa itu. Saya masih ingat bagaimana gigihnya beliau menjalankan beberapa siri kursus/latihan untuk ahli-ahli Pemuda UMNO di Kem Ghafar Baba, Kg. Kemensah, Ulu Klang, Selangor.

Ketokohannya semakin mendapat pengiktirafan setelah membarisi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pasca Mahathir Mohamad. Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan beliau dilihat begitu berpengaruh persis seorang Ketua Menteri Wilayah Persekutuan.

TERKINI...Ekoran hasrat perletakan jawatannya itu, mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan kelmarin telah dimaklumkan dan difahamkan Majlis Tertinggi telah menerilma notis perletakan jawatan tersebut.

Kita mengharapkan 'Titiwangsa' tidak melupakan jasanya selama beliau mencurahkan khidmat baktinya kepada masyarakat akar umbi di kawasan ini.

2 comments:

  1. Letak Jawatan ? Elok la tu, bila umur dh masuk tahap senja, lupakan je politik, duduk2 pulak kat masjid & surau. Akhirat kita kena cari gak, sampai bila nak menongkat langit ....... Dato Halim bila lagi?

    ReplyDelete
  2. tahniah dato suliman.. untungnya dato suleiman sebab dato johari jamin penuhkan kantung dalam persaraan...tapi halim ni tunggu punya tunggu si dato fauzi buat dek aja...antok aja laa..gurantee dato alim lepas jawatan timbalan. dalam politik misti ada masoooook

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.