Wednesday, April 28, 2010

ZULHASNAN PRIHATIN

Dato' Sri Zulhasnan Rafique Ahli Parlimen Setiawangsa begitu prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Seksyen 10 Wangsa Maju terutama di blok C9, C10, C11, C12, C13 dan C14 yang menghadapi pemotongan bekalan elektrik di bahagian tangga dan koridor blok-blok berkenaan sejak sebulan lalu.

Walaupun masalah itu telah selesai di tiga blok milik DBKL iaitu blok C9, C10 dan C11 seminggu yang lalu, namun blok yang lainnya masih bergelap.

Dato' Sri Zulhasnan Rafique telah meminta Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa Abdul Rahman Hashim supaya segera mengemukakan laporan kepadanya untuk tindakan susulan dari pejabat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa.

Beliau telah bertanyakan perkara ini kepada Abdul Rahman di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa semalam setelah beliau sendiri terbaca blog semarakwangsa.blogspot.com yang telah memaparkan masalah yang dihadapi oleh penduduk flat DBKL Seksyen 10 Wangsa Maju yang kegelapan sejak sebulan lalu.

Abdul Rahman Hashim pula berjanji akan menyediakan laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique dengan seberapa segera. Masalah yang berbangkit itu dikatakan ada kaitan dengan masalah strata title yang melibatkan pembayaran maintenance bagi kawasan MC Sri Santubong.

Tiga blok milik DBKL itu berada di dalam pengurusan Sri Santubong termasuk blok C12, c13 dan C14. Seksyen 10 Wangsa Maju secara keseluruhannya mempunyai 34 buah blok yang telah dibahagikan kepada pihak pengurusan MC sebagaimana yang termaktub di dalam akta strata title.

Penduduk tempatan dikatakan menghadapi banyak masalah teknikal yang membabitkan maintenance, namun Abdul ahman Hashim Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa akan bertemu dengan wakil-wakil MC berkaitan untuk meninjau masalah itu untuk diselesaikan dengan pihak berwajib.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.