Monday, July 12, 2010

DATUK ASTAMAN MENANG G7 DI SETIAWANGSA

Mantan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz (foto) turut memenangi kerusi G7 UMNO Bahagian Setiawangsa yang menjadi rebutan 22 calon yang bertanding di dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian itu yang diadakan kelmarin (11 Julai 2010).

Astaman yang juga mantan Ahli Parlimen Titiwangsa telah memperolehi 95 undi di belakang tiga calon yang lain iaitu Abd. Samad Saim 100 undi, Azhar Kassim 96 undi dan Abdul Rahman Hashim 96 undi.

Sementara itu tiga calon lain yang turut melengkapkan pengisian kerusi G7 itu ialah Ahmad Laili Tajul Arus 90 undi, Mohd. Shari Sidek 86 undi dan Wan Zainal Wan Chee 82 undi.

ANTARA YANG MENANG G7


Dari kiri: Samad saim, Abdul Rahman Hashim, Ahmad Laili Tajul Arus & Wan Zainal

Percubaan Datuk Astaman Abd. Aziz yang kini menjadi ahli UMNO di Cawangan Rampai Town merebut salah satu kerusi G7 kali ini dilihat telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengaitkan beliau sebagai tokoh yang tidak disenangi kemunculannya oleh pihak tertentu. Namun begitu kejayaannya membarisi G7 telah membuktikan bahawa dirinya masih diingati dan diterima baik oleh perwakilan yang mengundinya.

Turut bertanding di dalam G7 kali ini ialah Dato' Izudin Ishak mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, namun begitu percubaan beliau kali ini tidak berjaya memikat majoriti perwakilan. Sementara itu Haji Ahmad Hashim Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiawangsa telah menarik diri di saat akhir yang turut diikuti oleh Shuib Ibrahim Bendahari UMNO Bahagian.

Sebelum pengundian dijalankan Pengerusi Tetap Haji Abdullah Abdul Rahman telah membacakan senarai calon G7 yang akan bertanding di mana daripada 28 orang calon yang diperkenalkan, terdapat enam calon telah menarik diri termasuk Haji Ahmad Hashim dan Shuib Ibrahim.

Sementara itu percubaan Haji Ahmad Hashim Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang membuat cadangan supaya calon-calon G7 yang tidak hadir di dalam persidangan hendaklah ditolak daripada pertandingan telah diketepikan begitu sahaja, kerana cadangan tersebut dikatakan bercanggah dengan perlembagaan UMNO yang tidak menghalang ahli biasa bertanding untuk menjadi wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

Kelihatan Dato' Sri Zulhasnan sendiri tidak mempersetujui cadangan yang dibuat oleh Ketua Penerangannya itu, kerana beliau mengetahui bahawa cadangan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan perlembagaan UMNO, bahkan Peraturan persidangan UMNO juga tidak menyebut bahawa ahli yang tidak hadir dilarang bertanding untuk G7.




5 comments:

  1. Salam Sejahtera,

    Tahniah kepada yang menang dan cuba lagi kepada yang kalah, tetapi hamba dimaklumkan bahawa yang kalah kali ini adalah KALAH BERMARUAH....

    utk mengetahui maksud diatas sila layari...
    http://budakkualalumpur2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam ,

    Tahniah Kepada Seluruh Para Perwakilan Setiawangsa
    Kerana telah Menjalankan Persidangan UMNO Bahagian Setiawangsa Dengan Sempurna Pada 11hb/07/2010 Di Hotel Royal Chulan , Bukit Bintang Kuala Lumpur .

    Kepada Dato' Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa Dato Seri Hj.Zulhasnan Bin Rafique dan seluruh AJK Bahagian TAHNIAH .

    TERIMA KASIH PADA DATO TIM.PRESIDEN UMNO YANG SUDI MERASMIKAN PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA DAN MENERIMA MEMORENDUM ISU PENJUALAN RUMAH PPR DAN PERUMAHAN AWAM DBKL .

    ReplyDelete
  3. Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap diarus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ketangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang

    Kita perlu pegang perjuangan umno– memperjuangkan hak dan mempertahankan apa yang ada dan menuntut apa yang tiris kembali...sdra sdra yang gunakan wabg ...jangan..jangan,,,,jangan

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada UMNO bahagian setiwangsa yang telah selamat bersidang pada minggu lepas. Sakalung penghargaan kepada Tan Sri kerana sudi merasmikan persidangan tahunan pada pada kali ini. Juaan terima kasih juga kepada Dato Zul kerana mengadakan mesyuarat di tempat yang ternama, kerana tidak semua bahagian merasaai kemewahan begitu...

    Sekali lagi tahniah kepada mereka yang telah menang dalam pertandingan G7. Kepada pendatang baru Dato Astaman tahniah diucapkan. Namun kepada mereka yang bermain dua kolam tgk semula diri sendiri, bangga dengan kemenangan yang tiada makna... G7 yang tiada makna pun anda semua boleh berpecah ini kan pula di tahun ada pertandingan di peringkat umno malaysia. Baru diuji sedikit semua dah melatah... baru lihat astaman yang kaya, semua dah lari kejar kekeyaan astaman. Kalau masuk Tan Sri or Dato Sri yang lagi kaya entah astaman pun kena tinggal. Bukan ker penulis blog punya pengalaman begitu bermula di wangsa maju lagi? Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat...

    Org yang makan kat tapak tangan mmg begitu resamnya. Jgn ckp pasal politik dan rasuah kalau diri sendiri tak pernah betul. Berjanji di sibu untuk bertanding bersama kawan, tapi alih2 jumpa astaman dah berpecah. Good you have show your tru colour.

    Pada yang pasang cita- cita nak mengimpit astaman tu sudah lahhhh... nak duit cari sendiri, ingat astaman tu badan kebajikan ker. tukat ler mentaliti anda, umur pun dah banyak. Tak ada yang kaya dan hidup senang pun dengan duit- duit politik ini. Senang dapat, senang pergi. Yang diatas cakap pasal perubahan, tapi dah di bawah ni tak pernah berubah kerana dari awal niat masuk UMNO dah salah. Yang memusnahkan UMNO ada juga, bukan pembangkang... yang menjatuhkan UMNO anda juga.

    To shuid team, well done. Walaupun 6 perwakilan tewas tetapi group anda bersatu. Work hard in future. Find someone yang ada leadership, ini takat wanita yang dah berkubur tu juga yang dibawa. sudah- sudah lahhh... Cari lah muka baru.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Keputusan G7 yang tercapai itu bukan bermakna UMNO Setiawangsa telah berpecah.Jika pertandingan yang dibenarkan oleh demokrasi dianggap sebagai perpecahan, lebih baik sarankan sahaja kpd UMNO supaya Ketua Bahagian yang berhak memilih G7 tanpa melalui proses pemilihan demokrasi. Sebenarnya keputusan yang dicapai itu merupakan kemenangan kpd UMNO, tak ada yang kalah semua dan tak semestinya yg menang itu menang kesemuanya. Cuma sejauh mana ketulusan kita menerima mandat yang diberikan oleh majoriti perwakilan. Jika kita tak boleh terima keputusan itu, maka jgn dipersalahkan orang lain.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.