Friday, July 16, 2010

ASTAMAN, ROSMANIZAM DAN PAK NGAH BAKAR TERIMA ANUGERAH TOKOH KOMUNITI SUKAN KUALA LUMPUR PARLIMEN SETIAWANGSA

Datuk Astaman Abd. Aziz, Rosmanizam Abdullah dan Abu Bakar Ismail (Pak Ngah) telah dinobatkan sebagai 'Tokoh Komuniti Sukan Kuala Lumpur Parlimen Setiawangsa' sempena Malam Mesra Komuniti Sukan Kuala Lumpur yang diadakan pada 9 Julai lalu di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

(Foto - Dari kiri, Datuk Astaman, Pak Ngah Abu Bakar, Dato' Dr Junaidi Abd. Wahab, Rosmanizam Abdullah dan kanan sekali ialah Rosli Mohammad, Presiden Kelab)

Anugerah khas oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur ini telah disampaikan oleh Dato' Dr. Junaidi Abdul Wahab, Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia kepada tiga-tiga tokoh berkenaan yang disaksikan lebih seratus orang tetamu yang hadir di dalam majlis makan malam tersebut. Dato' Dr. Junaidi Abdul Wahab juga telah mewakili Menteri Belia dan Sukan merasmikan majlis makan malam tersebut.

Datuk Astaman Abd. Aziz mantan Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Penasihat Kelab ini telah dianugerahkan sebagai tokoh komuniti sukan berdasarkan kepada kecemerlangannya dalam mengangkat martabat sukan bolasepak Kuala Lumpur mutakhir ini. Kehadirannya di dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sebagai 'Timbalan Presiden' telah memberi sinar harapan kepada kekuatan pasukan bolasepak Kuala Lumpur.

Datuk Astaman bukan sahaja akktif di dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, malah beliau juga telah memainkan peranan yang aktif dalam arena sukan lumba basikal setelah beliau berjaya menampilkan satu kejohanan lumba basikal bertaraf dunia iaitu Jelajah Malaysia.

Rosmanizam Abdullah pula merupakan tokoh komuniti sukan yang menerima anugerah khas ini berasaskan kepada kejayaannya mengangkat martabat sukan 'Kriket' negara ini di mata dunia. Sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah telah menampilkan imejnya sebagai penggerak kepada beberapa kejohanan kriket di bawah penganjuran Kriket Melayu.

Manakala Abu Bakar Ismail, 78 yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah telah diangkat sebagai tokoh komuniti sukan kerana penceburannya di dalam sukan 'Tinju' semasa beliau berada di dalam perkhidmatan tentera bermula tahun 1952 hingga persaraannya dalam tahun 1976. Pak Ngah bukan sahaja berjaya dalam lapangan sukan ini, malah beliau juga telah diangkat sebagai jurulatih kepada sukan tunju di dalam angkatan tentera. Salah seorang anak didiknya pernah muncul mewakili negara di dalam acara tinju di Sukan Olimpik.

Kelab Sukan dan Rekreasi Warga Kota Kuala Lumpur akan meneruskan penganugerahan seumpama ini di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai satu usaha dan galakan ke arah memasyarakatkkan sukan.

KOLEKSI FOTO MALAM MESRA KOMUNITI SUKAN KUALA LUMPUR
PARLIMEN SETIAWANGSA


Dari kiri - Saifol Azman, Rosmanizam dan Rosli Mohammad di bilik VIP


Para tetamu jemputan di meja makan


Suasana di bilik VIP


Barisan AJK Kelab yang menerima watikah lantikan


Datuk Astaman (Kanan) bersama Dato' Dr. Junaidi Wahab (Kiri) di bilik VIP.


Dari kiri: Rosmanizam, Datuk Astaman dan Dato' Dr. Junaidi di meja makan VIP


Abas Mohd. Dom turut berkaraoke


Abidin dan Norsalmah menghiburkan para tetamu


Dari kiri - Rosli Mohamad, Abdul Rahman Hashim dan Saifol Azman di meja VIP


11 comments:

  1. Salam 1 Malaysia,

    Bro Radzi.... nampak sangat lah blog ni Pro Datuk Astamam, x de cite lain ke ?

    ReplyDelete
  2. Hello Bro,

    Ini cite semasa yang berlaku di Parlimen Setiawangsa yg dianjurkan Kelab Sukan & Rekreasi Wargakota Kuala Lumpur. Kalau ada cite menarik sila e-mel kpd kami, ok.

    ReplyDelete
  3. Sah, Sah,.....Mmg sah dh org Astamam.

    ReplyDelete
  4. blog ni buat kempen utk Astaman
    yg anjurkan program pun nak cari duit poket, duit dr astaman, jadi kena la wat program.. ada alasan nak kikis duit astaman..
    tp elok la sikit dr Blog Budak Kl, asyik kutuk orang je.. .. Budak Kl tu Blog upahan. cakap pasal politik wang, tapi dia ambik upah kutuk orang
    siapa bayar lebih, dia akan tulis la. kutuk musuh si pembayar
    tu la nama nya pelacur blogger. tak bagi ruang org jawab blog dia
    maklum la pelacur

    ReplyDelete
  5. saya setuju dgn komen saudara... mmg dua R di setiawangsa tu tgh cari orang kaya yg bole penuhkan poket mereka.. buat mcm mcm cerita dan program utk astaman dan mereka pun kenyang la
    .. tentang blogger pelacur budak kl tu pun mmg saya setuju
    ambik upah , lps tu tulis kutuk orang
    nak cakap politik wang konon, tapi dia lagi kuat ambik upah kutuk orang..
    orang ingat dia betul la, sb blog dia tak boleh di komen

    ReplyDelete
  6. Untuk pengetahuan semua, blog ini bukan ditaja oleh sesiapa pun, jauh sekali Datuk Astaman. Kenapa bila blog ini menceritakan kebaikan perjuangan Zulhasnan sebelum ini tidak ada pula yang berminat untuk buat komen. Apabila kami membuat coverage Zulhasnan apakah blogger semarakwangsa boleh diandaikan sebagai peraih kekayaan beliau? Sebenarnya Zulhasnan tidak pernah menyuap kami, begitu juga dengan Astaman. Kami menulis dengan gaya tersendiri, jauh sekali untuk mengadu domba mana-mana pihak. Wajah dan nama kami sentiasa terpapar dlm blog ini, kami tak kan menyorok seperti 'budakkualalumpur' itu. Dia tak gentle apabila membuat kritikan.

    Terima kasih,atas kesudian melayari blog kami.

    ReplyDelete
  7. saya setuju dgn radzi jaafar tu
    budak kuala lumpur blogger penakut
    . tak nak org komen blog dia
    sb dia tau dia tipu org, dpt upah utk kutuk org. maklumat pun palsu, berdasarkan org yg upah je.. betul la dia tu blogger pelacur.. kuat ambik upah jer.. tentang Astaman tu munkin saudara tak ambik, yg kenyang ketua kamu
    tengok saja sejarah org kaya di w maju dan setiawangsa dulu
    dia baik dgn Datuk Kamal, lps tu gaduh bila buat warta wangsa, lps tu dgn Dato Zainal Plak, lps dia kikis , gaduh plak.. kali ni astaman, brp lama la nmpk nya astaman tu bole tahan, nnti dtg 1 Tan sri ke, bye bye la astaman...politik cari makan

    ReplyDelete
  8. Rahman Hashim pun dah x berani, nak komen dlm blog locengwangsa pun dh kena bagi email...... tapi yang paling berani, geng-geng yang bagi duit dalam tandas..... caya lah !!!

    ReplyDelete
  9. Al kisah tersebutlah kisah, dinegeri Setia Wang Saja, kalau dh nama negeri pun SETIA WANG SAJA makna mesti ada dikalangan mereka yang setia kepada wang.

    Dengar cerita dari Patik Karma Wijaya, semasa Persidangan UMNO Bhg tempohari, seorang pemuda telah membuat huru-hara diatas pentas,ntah sapa nama gerangan pemuda itu, Hussin Lempoyang kah atau Hussin Pak Tongkol yang berkata-kata bak laksamana, habis terasa semua tetamu, hendak-hendaklah lagi tetamu yang sudah beruban, dari amatan adalah kiranya seseorang yang telah menurunkan atau mengajar sang pemuda itu, masa kan pemuda sebegitu boleh berkata-kata tanpa diajar.

    Apapun kehidupan di KL segalanya duit,Hatta kalau nak masuk ke tandas pun kene duit akan tetapi di Negeri Setia Wang Saja ini pelik sungguh tingkah lakunya, mana kan tidak pelik ... masuk ketandas diberikan duit...pelik,pelik...

    Itu lah dunia hari ini di Negeri Setia Wang Saja, sekadar berseloka tidak berniat pun hendak mengata, kepada yang terasa elok-elok pendamkan saja.

    ReplyDelete
  10. mmg btul masuk tandas dpt duit, tp kena undi chai astaman,,, dlm chai itu ada nama astaman,rahman, samad, md laili, abbas md Dom ,shaari dan yahya abu bakar... tp tu semua duit Astaman la.. dia nak sngt test market diri dia... tp abbas dan yahya yg kalah jer... chai nya warna putih... tu pun nak pakai duit.. yg kenyang 2 R tu la

    ReplyDelete
  11. laaaaa....semua org komen budak kl
    budak kl tu aku setuju la blogger pelacur.. ambik upah buat blog.. koi konon
    mcm toyol... tak berani kene tegur, asyik dia saja bole komen org... mcm dia tu betul
    kalau berani bagi la kita tegur dia pulak,, semua ketua bahgian dlm wilayah kena komen dgn dia,,,kepada si KOI tu sedar la diri.. jgn la jadi blogger upahan murah.. bagi mkn anak bini duit haram....tp kalau x dpt upah mana dia nak dpt duit ,, kena lak si KOi tu jual anak ke atau bini... minta upah org pakai bini dia lak.. hahahah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.