Thursday, February 26, 2009

SEMARAKWANGSA PROTEGE LOCENGWANGSA

SemarakWangsa merupakan protege kepada Locengwangsa.blogspot.com yang menjadi mentornya. Sidang panitia locengWangsa telah bermuafakat untuk menghasilkan satu lagi laman mayanya yang akan memberikan fokus kepada isu-isu semasa berkaitan dengan kependudukan yang meliputi aspek kebudayaan, kesenian, kebajikan, pendidikan dan juga prasarana yang melingkari kehidupan seharian warga wangsa khasnya dan tidak terkecuali membicarakan permasalahan kehidupan sejagat warga kota Kuala Lumpur.

Sementara laman blog locengWangsa tetap dengan jati dirinya dengan memaparkan kupasan hal ehwal politik semasa. Diharapkan sisipan ini dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan warga wangsa, dan tentunya kami mengalu-alukan sebarang ulasan dan juga pandangan yang membina untuk mengangkat suara hati akar umbi di persada maya semarakWangsa.

Salam Takzim.


ABDUL RAHMAN HASHIM
Mentor SemarakWangsa.

4 comments:

  1. saya menyakong idea kamu untuk menerbitkan semaRAK WANGSA TAPI ISINYA BIARLAH BERNAS DAN DAPAT DIMUNAFAATKAN OLEH YANG MEMBACANYA

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas usaha murni untuk memperkenalkan P118 Setiawangsa dalam 'dunia cyber' setidak-tidaknya terbuka mata penggundi untuk terus menyokong BN. Perkara yang terang tidak perlu lagi bersuluh , UMNO tak pernah abaikan tanggung jawab yang diamanahkan dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  3. Taniah. Harap laman ini akan memberi manafaat kepada pengujungnya.

    ReplyDelete
  4. salam

    sy ingin bg pendapat sedikit pd puteri. sy seorg yg tidak meyebekahi mana² pihak, sy dtg dr umno lain utk memerhatikan ke tiga² pergerakan sayap berucap utk kali ke 2

    sy dapati ketiga² syap yg berucap smlm puteri megenengahkan isu yg dh lama, cr penyamapai ketua puteri mendatar apabila puteri berucap dlm keadaan sedih ianya tidak menjiwai hati perwakilan

    pemuda ade peningkatan yg ketara...tahniah ketua pemuda umno bhg setiawangsa yg sy kenali semenjak dr sebelum wujudnya w/maju dan setiawangsa...

    ketua wanita pula sy kagum dgn beliau kerana beliau bijak mengenengahkan isu² semasa dan perancangan utk masa akan dtg...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.