Wednesday, February 25, 2009

SALAM MAYA SEMARAK WANGSA

'SemarakWangsa' merupakan satu lagi jenama info maya yang bergandingan dengan 'http://locengwangsa.blogspot.com'. Ianya tampil untuk menggerakkan minda masyarakat supaya lebih semarak bukan sahaja prihatin kepada hal ehwal politik semasa, malah lebih terjurus kepada aspek pembangunan komuniti kosmopolitan yang mewarnai kehidupan kota raya Kuala Lumpur, khususnya bagi warga wangsa yang mengerti rempah ratus, merasai asam garam dan menjiwai suka duka gejolak penghuni Ibu Kota Malaysia ini.

Tentunya kami amat menghargai apa jua cita rasa anda yang mampu digalas terutama ketika mencoretkan buah fikiran untuk dihayati bersama. Semarakwangsa semekar namanya akan terus menyemarakkan gerak hati akar umbi supaya vibrasinya dapat turut dirasai oleh kalangan pemimpin yang berwajib.

Saya, Radzi Jaafar hanyalah khadam akar umbi yang sentiasa terdedah dengan segala kekurangan dan juga kelemahan yang mungkin memerlukan anjakan paradigma secara tulus daripada anda sekelian. Tunjuk ajar dari sahabat, rakan taulan dan para pemimpin merupakan pencetus semangat untuk semarakwangsa.

Terima Kasih, Wassalam.


2 comments:

  1. Saya mengucapkan tahniah di atas kelahiran SEMARAKWANGSA. Mudah-mudahan penampilan maklumatnya dapat memberi manfaat kepada semua warga kota, khususnya warga wangsa.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Sdra Radzi kerana dpt cetuskan blog ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.